Kabuki lelaki : Selepas 1653 Kabuki

Dari tahun 1653, hanya lelaki matang saja boleh melakonkan Kabuki yang menjadi lebih sukar dan semakin bergaya yang dipanggil Yaro Kabuki. Perubahan gaya ini dipengaruhi oleh teater Kyogen yang diarahkan oleh shogunate. Kyogen pula pada masa itu sangat popular.

Yaro Kabuki semakin merosot tetapi semua peranan di dalam lakonan Kabuki tetap dilakonkan oleh lelaki. Pelakon lelaki yang khusus melakonkan peranan perempuan dipanggil Onnagata ataupunOyama dan keluarga khusus Onnagata didirikan. Beberapa tahun kemudian, kebanyakan Onnagata datang dari keluarga-keluarga ini.

Kemudian dua jenis peranan utama dihasilkan iaitu Aragoto, gaya kasar yang dicipta oleh Ichikawa Danjuro (1660-1704) di bandar Edo dan Wagoto, gaya lembut oleh Sakata Tojuro (1647-1709) di kawasan Kyoto-Osaka. Aragoto adalah gaya lakonan yang membuatkan pelakonnya memperbesar-besarkan kata-kata, gerak badan dan juga kostum serta solekan. Namanya diambil dari perkataan yang bermaksud pahlawan biadab dan lakonannya mementingkan aksi. Wagato pula menampilkan perkataan yang lebih realistik dan biasanya memainkan lakonan romantik tragik.

Rujukan

WikiPedia: Kabuki http://audiolunchbox.com/album?a=36544&z= http://www.japan-guide.com/e/e2090.html http://www.kabuki21.com/ http://www.mint.go.jp/eng/coin/international/coins... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/141/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/142/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/144/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/145/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/147/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/149/index.html...